NADI Keusahawanan – Webinar Atas Talian Operasi Perniagaan

12 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2026 telah diadakan NADI Keusahawanan – Webinar Atas Talian Operasi Perniagaan yang dilaksanakan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pengurusan serta operasi perniagaan bagi memastikan perniagaan dapat diurus secara lebih sistematik, cekap dan berdaya saing.

Sepanjang webinar berlangsung, peserta didedahkan dengan konsep pengurusan operasi yang berkesan, kepentingan perancangan strategik, pengurusan aliran kerja, kawalan kos serta kaedah meningkatkan produktiviti perniagaan. Perkongsian ini membantu usahawan menilai semula amalan sedia ada dan menambah baik pengurusan perniagaan agar lebih mampan dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali